OPS Label!! Produk Makanan Dirampas Dek Kerana Label Makanan Secara Salah?
โLabel Mengelirukan, Produk Makanan Disitaโ
OPS Label!! Kegagalan pengeluar produk makanan dalam memastikan label produk mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan 1985 mengakibatkan produk disita, dikompaun dan diberkas oleh pihak berkuasa.
Antara kesalahan yang dapat dikesan adalah bahasa yang digunakan pada label termasuk penggunaan bahasa asing bagi produk import, senarai ramuan tidak lengkap, tiada penyataan ramuan yang boleh menyebabkan alergi atau alahan, tiada berat bersih atau isi padu dan tiada tanda harga pada produk.
โJika disabit bersalah, kompaun tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahunโ
Pelabelan produk yang betul dapat memberi panduan kepada pengguna.

Apakah Kepentingan Pelabelan Makanan Ini?
- Membantu pengguna dalam memilih produk makanan.
- Sebagai panduan untuk melihat kandungan atau ramuan makanan yang digunakan.
- Sebagai panduan kepada pengguna untuk melihat maklumat nutrisi yang ada seperti jumlah kalori, karbohidrat, protein,vitamin dan lemak.
- Meningkatkan kepercayaan pengguna terhadap produk makanan.
- Menggalakkan industri dalam menghasilkan produk yang lebih bernutrisi.
Sebagai pengguna, kita seharusnya lebih cakna terhadap isu pelabelan makanan yang berlaku. Laporkan sebarang ketidakpatuhan kepada pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan. Aduan juga boleh disalurkan melalui laman web SisPAA.
Untuk ketahui lebih lanjut, jom sertai Kursus Pelabelan Produk Makanan yang kami jalankan sama ada secara online atau bersemuka.
โ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐โ
(Sumber: โPeraturan-Peraturan Makanan 1985, Akta Makanan 1983โ)
#foodlabellingtips #foodlabellinghacks #foodlabellingtraining #foodlabelling #foodlabellingpasirgudang #LabelReading #LabelAwareness #makananlokal #NutritionalInformation #kursuspelabelanprodukmakanan #kursuspelabelanprodukmakananjohor #kursuslabelmakanan #labelmakanan #foshconsultancyandservices #foodinformation #hrdcorpclaimablecourse #sijilsegera #kursusbersemuka
No responses yet