๐๐ฉ๐ ๐๐ญ๐ฎ ๐๐๐๐๐ฅ ๐๐๐ค๐๐ง๐๐ง?
Pelabelan makanan bertujuan untuk membekalkan maklumat yang benar dan jelas tentang sesuatu produk makanan. Label makanan hendaklah mematuhi kesemua peruntukan pelabelan makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Label makanan adalah meliputi apa-apa jenama, tanda, bahan bergambar atau lain-lain pemerihalan yang bertulis atau bercetak pada sesuatu bungkusan makanan. Jadi, label makanan sangat penting terutama bagi pengguna untuk membuat pilihan ketika membeli tanpa ragu-ragu.

4 Asas Pelabelan Makanan Produk Makanan Lokal:
1. Nama Produk.
Mestilah menggunakan nama yang jelas dan tidak mengelirukan orang ramai, menggunakan Bahasa Melayu dan boleh dimasukkan terjemahan seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan lain-lain.
2. Senarai Ramuan
Disusun mengikut susunan berat menurun mengikut resepi.
Contoh; Ramuan: Tepung Gandum, Mentega, Gula Pasir, Garam dan Ragi.
3. Berat/Isipadu
Penyataan berat bersih minimum atau isipadu atau bilangan kandungan sesuatu bungkusan makanan. Penulisan perlu menggunakan saiz font yang sama.
Contoh; Berat Bersih: 450 g
4. Maklumat Pengeluar
Nama dan alamat lengkap pengilang, pembungkus, pengedar termasuk produk import.
Contoh;
Dikilangkan oleh: XYZ Sdn. Bhd (Nama Syarikat)
No 3. Jalan Bidara 55, Taman Maluri, 52100 Kuala Lumpur (Alamat Penuh Kilang)
Bagaimana pula dengan Penandaan Tarikh dan Maklumat Nutrisi? Adakah semua produk diwajibkan ada?
โ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐โ
#foodlabellingtips #foodlabellinghacks #foodlabellingtraining #foodlabelling #foodlabellingpasirgudang #LabelReading #LabelAwareness #makananlokal #NutritionalInformation #kursuspelabelanprodukmakanan #kursuspelabelanprodukmakananjohor #kursuslabelmakanan #labelmakanan #foshconsultancyandservices #foodinformation #hrdcorpclaimablecourse #sijilsegera #kursusbersemuka
No responses yet